1 comments

BAB 10 : SARAWAK (Tingkatan 1)

Bendera Sarawak

Latar Belakang
•Nama Sarawak berasal dari nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak.
•Penemuan dan peninggalan sejarah di Gua Niah seperti tembikar, alat perkakas yang diperbuat daripada batu, serta lukisan
pada dinding dua mcmbuktikan Sarawak sebagai negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.
•Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15 yang membahagikan Sarawak kepada beberapa unit jajahan yang ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi.
•Contohnya, Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap dan Sungai Sarawak ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

Masyarakat Sarawak
•Terdapat 27 kumpulan etnik di Sarawak yang mempunyai bahasa, cara hidup, dan budaya yang berbeza.
•Penempatan di persisiran pantai terdiri daripada orang Melayu dan Melanau.
•Penempatan di lembah sungai terdiri daripada orang Iban, Bidayuh dan Kenyah.
•Penempatan di pedalaman terdiri daripada orang Kelabit, Penan, dan Murut.
•Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak menyebabkan masyarakat Sarawak kurang berhubung dengan orang luar dan, membentuk identiti kebudayaan tersendiri mengikut persekitarannya.

Kegiatan Sosiobudaya
Pendidikan
•Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan dan kepercayaan turun-temurun
seperti cara berburu dan memungut hasil hutan.
•Pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama bagi kumpulan etnik beragama, Islam.
Agama dan kepercayaan
Orang Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya percaya kepada animisme.
Orang Melanau bukan Islam percaya kepada makhluk ghaib bernama Ipok.
Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad kerana hidup berpindah-randah
dan dilarang menetap secara kekal.
Orang Iban menyemak kawasan yang hendak didirikan rumah dan
percaya petanda daripada bunyi burung beragai dan burung ketupung.

Latihan Sejarah

read more
0 comments

Bab 11 : SABAH (Tingkatan 1)

Bendera Sabah

Latar Belakang Sejarah Sabah
Nama Sabah berasal dari perkataan 'saba', iaitu sejenis pisang yang dipanggil pisang saba. Pisang ini juga dikenali sebagai pisang jaba dan ditanam di sekitar pantai barat Sabah.

Pertalian dengan Kesultanan Brunei dan Sulu
· Sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman.
· Sistem politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat
dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.

Masyarakat Sabah Kumpulan etnik Sabah dan penempatan
· Kawasan persisiran pantai terdiri daripada orang Bajau, Melayu-Brunei dan Suluk.
· Kawasan lembah pantai didiami oleh orang Kadazan Dusun yang bertempat di Papar, Kudat, Penampang, Ranau, dan Tambunan.
· Kawasan pedalaman didiami oleh orang Murut yang bertempat di Tenom, Rundum, Persiangan, dan Keningau.

Kegiatan Sosiobudaya
Pendidikan
· Pendidikan formal tertumpu kepada pendidikan agama Islam yang diadakan di surau, pondok dan rumah guru agama.
· Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak-­kanak melalui keluarga atau masyarakat yang bertujuan memberi kemahiran dan membolehkan mereka berdikari apabila dewasa nanti.

Agama dan kepercayaan
· Orang Kadazan Dusun mempercayai tuhan, Kinorohingan dan merayakan Pesta Kaamatan.
· Orang Murut mempercayai Aki Kopuno dan menganggap Gunung Antulai sebagai tempat suci.
· Kebanyakan orang Bajau beragama Islam.
· Kumpulan etnik telah mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang tua di rumah panjang.
· Ketua menguatkuasakan hukum agama Islam dan orang tua menguatkuasakan undang-undang adat.
read more