Latar Belakang Sejarah Sabah
Nama Sabah berasal dari perkataan 'saba', iaitu sejenis pisang yang dipanggil pisang saba. Pisang ini juga dikenali sebagai pisang jaba dan ditanam di sekitar pantai barat Sabah.
Pertalian dengan Kesultanan Brunei dan Sulu
· Sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman.
· Sistem politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat
dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
Masyarakat Sabah Kumpulan etnik Sabah dan penempatan
· Kawasan persisiran pantai terdiri daripada orang Bajau, Melayu-Brunei dan Suluk.
· Kawasan lembah pantai didiami oleh orang Kadazan Dusun yang bertempat di Papar, Kudat, Penampang, Ranau, dan Tambunan.
· Kawasan pedalaman didiami oleh orang Murut yang bertempat di Tenom, Rundum, Persiangan, dan Keningau.
Kegiatan Sosiobudaya
Pendidikan
Kegiatan Sosiobudaya
Pendidikan
· Pendidikan formal tertumpu kepada pendidikan agama Islam yang diadakan di surau, pondok dan rumah guru agama.
· Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat yang bertujuan memberi kemahiran dan membolehkan mereka berdikari apabila dewasa nanti.
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan
· Orang Kadazan Dusun mempercayai tuhan, Kinorohingan dan merayakan Pesta Kaamatan.
· Orang Murut mempercayai Aki Kopuno dan menganggap Gunung Antulai sebagai tempat suci.
· Kebanyakan orang Bajau beragama Islam.
· Kumpulan etnik telah mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang tua di rumah panjang.
· Ketua menguatkuasakan hukum agama Islam dan orang tua menguatkuasakan undang-undang adat.
0 comments:
Post a Comment